Skip to main content

Bagi anda yang menanti episod ketiga bagi permainan Life Is Strange: Before The Storm, anda tidak lagi perlu dengan begitu lama kerana Square-Enix akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi episod ke-3 permainan tersebut iaitu pada 20 Disember ini.

Episod ke-3 Life Is Strange: Before The Storm merupakan bahagian ketiga dan terakhir untuk permainan tersebut yang mana bertajuk “Hell is Empty”. Ia akan dilancarkan secara serentak di Playstation 4, Xbox One dan PC. Square-Enix buat masa ini hanyalah berkongsi trailer acah permainan tersebut yang mana mereka akan berkongsi trailer penuh episod ke-3 tersebut pada 7 Disember ini.

Bagi anda yang membeli permainan Life Is Strange: Before The Storm, anda akan mendapat episod ini secara kemaskini permainan bermula 20 Disember ini.

Leave a Reply