Skip to main content

Bagi anda yang meminati siri JRPG oleh Idea Factory, kini mereka mengumumkan bahawa permainan Omega Quintet bakal tiba di PC, melalui Steam pada 16 Disember ini. Permainan ini asalnya dilancarkan di konsol Playstation 4 pada 2015 lepas.

Omega Quintet merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan budaya ‘idola’ dari Jepun yang mana mereka menggunakan kuasa muzik dan menari untuk menewaskan musuh. Pemain akan bermain sebagai watak Takuto, dimana beliau adalah pengurus bagi kumpulan idola Verse Maidens. Dengan menggunakan kuasa magis muzik dan penarian, pemain perlu menghapuskan musuh yang dipanggil Beep dan menyelamatkan dunia dari jajahan mereka.

Idea Factory juga akan menyertakan sebilangan DLC pernambahan secara bersama apabila ia dilancarkan di PC kelak.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan Omega Quintet, ia akan dilancarkan di PC melalui Steam bermula 16 Disember ini. Ia juga sudah dilancarkan di Playstation 4 pada 2015 lepas dan ia merupakan salah satu permainan Playstation 4 terawal yang menyokong kawalan menggunakan Playstation Move.

[info] Steam : Omega Quintet [/info]

Leave a Reply