Skip to main content

Menurut laporan Daniel Ahmad, Nintendo kini bekerjasama bersama Nvidia dengan melancarkan sebilangan permainan Nintendo Wii dan Gamecube secara esklusif di China buat peranti Nvidia Shield.

Menurut Nvidia, permainan yang dipastikan bakal tiba di peranti tersebut adalah New Super Mario Bros. Wii, The Legend of Zelda: Twilight Princess dan PUNCH-OUT! boleh dimainkan di Nvidia Shield dengan sokongon resolusi 1080p. Mereka juga menyatakan Super Mario Galaxy juga bakal dilancarkan pada masa akan datang.

Daniel Ahmad juga berkongsi video permainan The Legend of Zelda: Twilight Princess dimainkan di Nvidia Shield melalui Twitter rasmi beliau. Beliau juga menyatakan permainan tersebut akan berharga 68RMB(~RM42) manakala peranti Nvidia Shield akan dijual dengan harga 1499RMB(~RM920). Namun buat masa ini, Nvidia menyatakan permainan tersebut hanyalah akan dijual di pasaran China sahaja.

Leave a Reply