Skip to main content

Bulan Disember ialah bulan di mana kami tidak lagi membeli permainan video baru kerana sudah kehabisan wang menyambut Broketober dan bulan November. Sekiranya anda seperti kami sudah mula mengikat perut, anda  pasti akan gembira bulan ini kerana Ubisoft memberikan dua permainan percuma kepada pengguna platform Uplay.

Minggu ini World in Conflict: Complete Edition diberikan secara percuma hari ini sehingga 11 Disember. Permainan RTS klasik dari tahun 2007 ini diberikan percuma bagi menyambut ulangtahun ke-20 studio Massive Entertainment yang menghasilkan permainan ini dan juga The Division.

Selepas itu bermula 12 Disember, Assassin’s Creed IV Black Flag pula diberikan percuma sehingga 18 Disember. Bagi yang berminat anda hanya perlu memuat turun klien Uplay versi PC pada komputer anda.

Leave a Reply