Minggu ini, Deck Nine Games mengumumkan bahawa Ashley Burch dan Hannah Telle akan kembali sebagai pelakon suara latar bagi watak Chloe Price dan Max Caulfield sempena episod tambahan khas “Farewell” bagi permainan Life Is Strange: Before The Storm yang mana ia akan dilancarkan pada awal tahun 2018 ini.

Episod Farewell merupakan episod tambahan bagi permainan tersebut yang mana ia bakal memfokuskan penceritaan sebelum permainan Life Is Strange: Before The Storm. Ashley Burch sebelum ini merupakan pelakon suara latar asal bagi permainan Life Is Strange untuk watak Chloe Price, dimana beliau digantikan oleh Rhianna DeVrie untuk permainan Life Is Strange: Before The Storm akibat kontroversi mogok suara latar yang berlaku baru-baru ini.

Episod Farewell ini juga merupakan episod pertama bagi Ashley Burch dan Hannah Telle mengadakan sesi rekod bersama sejak permainan pertama Life Is Strange yang dilancarkan 2015 lepas.

Life Is Strange: Before The Storm merupakan prekuel, 3 tahun sebelum daripada permainan Life Is Strange, iaitu permainan berepisod pengembaraan interaktif. Ia dilancarkan pada 31 Ogos lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini