Bagi anda yang berminat untuk bermain sebilangan permainan Playstation 3 di PC anda, anda mungkin berminat dengan aplikasi RPCS3 iaitu ia merupakan pelagak permainan di PC dimana ia boleh memainkan permainan Playstation 3.
Antara permainan yang dipertontonkan adalah permainan Uncharted: Drake’s Fortune dimana kini ia boleh dimainkan melalui pelagak permainan tersebut. Namun, ia tidak boleh dimainkan secara optimun dan mempunyai sebilangan prestasi yang agak rendah. Walaubagaimana pun, permainan Uncharted tersebut kini sudah boleh dimainkan dimana sebelum ini ia tidak menyokong sepenuhnya melalui pelagak tersebut. Pihak RPCS3 juga mengumukan sebilangan kemaskin dan pernaik-taraf bagi permainan-permainan lain seperti God of War dan Ratchet and Clank.
Dengan kemaskini ini, ia juga merupakan satu kemajuan yang sangat menarik buat pelagak permainan tersebut yang mana kini sebilangan permainan-permainan esklusif Sony berkualiti AAA di konsol Playstation 3 kini sudah mula boleh dimainkan melalui PC. Walaupun ia tidak boleh dimainkan secara optimun, kemajuan ini merupakan satu peningkatan yang menarik untuk aplikasi pelagak permainan RPCS3.