Pada Ogos lepas, bersempena dengan pelancaran Uncharted: The Lost Legacy, Naughty Dog pada yang sama juga melancarkan permainan pernambah-baikkan Jak and Daxter: The Precursor Legacy bersama permainan tersebut. Kini Sony Interactive Entertainment dan Naughty Dog mengumumkan sebilangan koleksi permainan Jak and Daxter, iaitu Jak II, Jak 3 dan Jak X Combat Racing.

Siri Jak And Daxter merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan dilancarkan di Playstation 2 bermula tahun 2001. Menurut Sony, permainan tersebut boleh dibeli secara berasingan ataupun secara berkas yang merangkumi keempat-empat siri permainan Jak and Daxter.

Permainan tersebut boleh didapatkan dengan harga $14.99(~RM65) secara berasingan manakala secara berkas ia dijual dengan harga $39.99(~RM165). Namun begitu, Sony masih belum mengumumkan pelancaran permainan ini di pasaran Malaysia, tetapi permainan pertama, Jak and Daxter: The Precursor Legacy sudah dijual bermula Ogos lepas dengan harga RM65 di PSN Store. Justeru itu, Sony dan Naughty Dog mungkin akan melancarkan kesemua siri permainan tersebut pada 6 Disember ini untuk melengkapkan koleksi permainan Jak and Daxter di PSN Store.

Sohor Kini