Skip to main content

Truant Pixel minggu ini mengumumkan tema terbaru buat Playstation 4 bernama “Legacy Dashboard Dynamic Theme” dimana ia berkonsepkan rekaan seperti menu asal Playstation 2. Dengan kerjasama antara Naughty Dog, Sony Interactive Entertainment Amerika Syarikat dan Jepun, Truant Pixel yang mana mereka merupakan pereka tema bagi konsol Playstation berkongsi lanjut berkenaan tema tersebut.

Menurut Truant Pixel, tema tersebut akan menyerupai tema asal Playstation 2 dari segi rekaan antara-muka, bunyi dan fungsi. Namun, mereka tidak boleh menggunakan logo Playstation 2 kerana isu perlesenan. Mereka juga memastikan bahawa tema tersebut akan menyokong segala jenis resolusi dari 1080p sehinggalah 4k.

Tema tersebut akan mula dijual bermula 6 Disember ini di PSN Store Amerika Syarikat dan Eropah dengan harga $2.99(~RM13). Namun buat masa ini, tema ini masih lagi belum diumumkan di pasaran Malaysia.

Leave a Reply