Skip to main content

Nintendo hari ini mengumumkan watak KOS-MOS Re: daripada permainan Xenosaga akan tiba di permainan terbaru Xenoblade Chronicles 2 sebagai salah satu senjata Rare Blade buat permainan tersebut.

KOS-MOS RE: merupakan watak daripada permainan pengembaraan Xenosaga yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2002 yang lepas. Ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama bagi permainan Xenoblade Chronicles. Namun Nintendo masih belum mengumumkan bahawa watak ini bakal tiba secara percuma ataupun secara DLC pernambahan berbayar.

Xenoblade Chronicles 2 merupakan permainan yang dibangunkan oleh Monolith Soft. Permainan ini akan dilancarkan secara esklusif di konsol Nintendo Switch pada 1 Disember ini. Ia merupakan sekuel kepada permainan Xenoblade Chronicles yang dilancarkan di Nintendo Wii dan New Nintendo 3DS beberapa tahun lepas.

Leave a Reply