Skip to main content

Nintendo dan Kellogg’s minggu ini bakal melancarkan bijirin sarapan khas Super Mario dimana kotak tersebut bakal menyertakan sokongan Amiibo. Buat masa ini, bijirin sarapan tersebut hanyalah akan dilancarkan di Amerika Syarikat.

Berdasarkan rekaan kotak yang dipertayangkan, bijirin tersebut mempunyai rekaan kotak dan juga 1-Up Mushrooms seperti di dalam permainan Super Mario. Menariknya juga, melalui kotak tersebut, ia juga mempunyai sokongan Amiibo yang mana ia boleh digunakan bersama permainan Super Mario Odyssey.

Namun, Nintendo masih belum mengumumkan sebarang kesan efek yang disertakan dengan Amiibo tersebut. Tambahan juga, buat masa ini bijirin sarapan ini hanya boleh didapatkan di Amerika syarikat sahaja.

Leave a Reply