Pengeluar permainan 2K dan Firaxis hari ini mengumumkan pernambahan pertama buat permainan Civilization VI, iaitu Rise and Fall. Pernambahan tersebut akan menyertakan 8 tamadun dan 9 ketua baru bersama kemaskini kini bentuk permainan. Ia dirancangkan untuk dilancarkan pada 8 Februari 2018.

Dengan pernambahan Rise and Fall terbaru tersebut, kelapan-lapan tamadun terbaru yang disertakan akan mempunyai pelbagai pembangunan baru disamping perkembangan sistem kerajaan dan diplomasi dimana ia membenarkan pemain untuk membentukkan pelbagai jenis pakatan antara tamadun lain.

Bersempena dengan pengumuman pernambahan terbaru ini juga, Firaxis juga mengumumankan bahawa permainan ini kini ditawarkan melalui harga promosi sempena pertengahan minggu dengan harga RM89.50 berbanding harga asalnya RM179.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini dengan harga yang murah, anda boleh dapatkannya di laman rasmi Steam di bawah bermula hari ini sehingga 2 Disember ini.

Steam : Civilization VI

Sohor Kini