Hari ini, pembangun permainan indie WashBear mengumumkan permainan pertama mereka iaitu Parksaurus, iaitu sebuah permainan simulasi taman tema dinosaur buat PC. Permainan tersebut akan dilancarkan melalui Steam dan ia dirancang untuk dilancarkan pada musim bunga 2018.

Parkasaurus merupakan permainan yang pemain berpeluang untuk mereka taman tema yang bersesuai untuk dinosaur dan pada yang sama menghasilkan taman teman yang dapat menarik minat pengunjung-pengunjung taman tema tersebut. Setiap dinosaur juga akan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dimana pemain perlu mengenalpasti jenis-jenis sangkar, barangan yang digunakan untuk menternak dinosaur tersebut.

Menurut WashBear, mereka merancang untuk melancarkan permainan ini pada musim bunga 2018 di PC melalui Steam. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Steam permainan tersebut dibawah.

Steam : Parksaurus

Sohor Kini