Square-Enix akhirnya melancarkan kembali permainam pernambah-baikkan Star Ocean: The Last Hope buat konsol Playstation 4 dan PC. Permainan tersebut merupakan pernambah-baikkan daripada Star Ocean: The Last Hope yang dilancarkan pada 2009 di Playstation 3 dan Xbox 360.

Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster mempunyai sokongan resolusi 4k dan pernambah-baikkan secara HD. Antara pernambah-baikkan yang diumumkan oleh Square-Enix adalah keupayaan untuk menetapkan kualiti imej seperti tetapan bayangan dan blur, sokongan trofi dan fungsi Share di Playstation 4. Manakala di PC pula, permainan ini akan mempunyai sokongan papan kekunci dan tetikus malah pemain berupaya untuk mengambil gambar tanpa paparan antara-muka permainan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh melayari lamannya rasmi permainan tersebut di Steam dan juga di PSN Store dibawah. Namun bagi pengguna Playstation 4, permainan tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan anda perlu membuat pembelian permainan tersebut dengan menggunakan akaun R1 dengan harga $20.99(~RM87). Manakala di Steam pula, permainan tersebut berharga hanya RM66.

PSN Store : Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster

Steam : Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster

Sohor Kini