Gears For Breakfast, pembangun permainan A Hat In Time mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 6 Disember ini.
A Hat In Time merupakan permainan aksi pengembaraan platformer yang dilancarkan pada Oktober lepas buat PC melalui Steam. Kini permainan tersebut akhirnya akan dilancarkan di konsol. A Hat In Time merupakan permainan yang memfokus watak gadis yang berupaya untuk mengembara alam semesta dengan pelbagai bentuk jenis dunia.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini di PC, permainan tersebut sudah boleh dibeli dengan harga RM56 melalui Steam. Bagi anda yang ingin bermain di konsol Playstation 4 mahupun Xbox One, permainan A Hat In Time akan dilancarkan di konsol tersebut pada 6 Disember ini.