Skip to main content

Bagi anda yang masih belum memilik permainan Destiny 2, bermula 29 November ini Activison dan Bungie bakal melancarkan tempoh percubaan Destiny 2 secara percuma di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net.

Tempoh percubaan bagi Destiny 2 tersebut bakal menyertakan dua destinasi permainan asal iaitu European Dead Zone dan Moon Titan. Pemain juga berpeluang untuk melawat kawasan sosial Farm. Tambahan juga, pemain juga menyertai mod multi-pemain kompetitif di dalam Crucible.

Tempoh percubaan Destiny 2 tersebut akan dihadkan kepada pemain sehingga peringkat ke-7 sahaja. Namun bagi mereka yang membeli permainan tersebut secara penuh, segala kemajuan di dalam tempoh percubaan tersebut akan dibawa bersama.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Destiny 2 secara percuma bermula esok di PSN Store, Microsoft Store dan Battle.net.

Leave a Reply