Call Of Duty: Online merupakan permainan percuma yang dilancarkan secara esklusif di Cina kini bakal mendapat mod permainan Battle Royale seakan PUBG dimana ia bakal dilancarkan pada Disember ini.
Call of Duty Online, the free to play game for mainland China published by Tencent, is getting a 'survival mode' in December.
It's effectively an 18 player PVP Battle Royale mode. It's similar to PUBG but has a few differences.
Here is some gameplay: https://t.co/Ky8d2mw7C1 pic.twitter.com/91eNgAOpiB
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) November 26, 2017
Menurut laporan Daniel Ahmad, mod tersebut membolehkan 18 pemain untuk bermain secara battle royale PVP secara atas talian. Seperti PUBG, pemain akan diletakkan di dalam satu kawasan tanpa senjata dan pemain perlu mencari barangan dan senjata untuk menewaskan pemain lain. Kawasan peta permainan ini juga akan semakin mengecil seperti permainan PUBG.
Dengan mod permainan Battle Royale menjadi semakin popular, tampaknya selain permainan Fortnite, Activision juga membawa mod tersebut ke permainan Call Of Duty. Namun, permainan Call Of Duty: Online buat masa ini tidak dilancarkan di Malaysia, kita mungkin akan melihat mod tersebut pada masa akan datang bagi permainan Call Of Duty yang lain.