Skip to main content

Humble Store kini nampaknya aktif menarik para pengguna ke platform mereka. Selepas menawarkan beberapa permainan secara percuma sejak minggu lepas, kini mereka menawarkan satu lagi permainan secara percuma, iaitu Sanctum 2.

Sanctum 2

Permainan yang asalnya dilancarkan pada 2013 yang lepas ini menawarkan bentuk permainan penembak pandang pertama dengan pilihan 4 watak berbeza, dan sejumlah senjata menarik. Ia juga turut membawakan bentuk permainan gabungan tower defense bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan Sanctum2 ini secara percuma untuk tempoh terhad pada penghujung minggu ini.

[download]Muat-Turun Sanctum 2 di Humble Store[/download]

Leave a Reply