Permainan PlayLink merupakan permainan yang dibangunkan khas dengan sokongan antara Playstation 4 dan telefon pintar, dimana permainan tersebut dimain khas melalui telefon pintar dengan sebilangan pemain. Ia diumumkan ketika E3 Jun yang lepas, namun permainan tersebut tidak dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Walaubagaimana pun, akhirnya permainan PlayLink dilancarkan di Malaysia dengan permainan pertama iaitu Hidden Agenda.

Hidden Agenda merupakan permainan penyelesaian jenayah yang dibangunkan oleh Supermassive Games, iaitu pembangun permainan yang terkenal dengan permainan Until Dawn dan The Inpatient. Dengan menggunakan sistem PlayLink, pemain boleh bermain bersama rakan-rakan dengan menyelesaikan misteri permainan tersebut. Pada masa yang sama pemain juga akan menerima objektif terlindung dimana pemain perlu menipu dan menghasilkan konflik antara pemain lain untuk menyelesaikan objektif tersebut.

Ini merupakan satu berita yang menarik kerana akhirnya Sony Interactive Entertainment mengambil keputusan untuk melancarkan permainan PlayLink secara rasmi di Malaysia. Mungkin juga pada masa akan datang kita bakal mendapat permaina-permainan PlayLink yang lain seperti That’s You dan sebagainya yang mana ia dilancarkan di Amerika Syarikat beberapa bulan lepas.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Hidden Agenda, permainan tersebut telah dilancarkan di PSN Store dengan harga RM86. Untuk bermain permainan tersebut, anda juga perlu memuat-turun aplikasi khas permainan tersebut di telefon pintar anda yang mana aplikasi tersebut boleh dimuat-turun secara percuma melalui App Store dan Google Play Store.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyelesaikan misteri penjenayah di dalam permainan Hidden Agenda bersama rakan-rakan anda hari ini khas di Playstation 4 melalui permainan PlayLink.

PSN Store : Hidden Agenda

App Store : Aplikasi Hidden Agenda

Google Play Store : Aplikasi Hidden Agenda

Sohor Kini