Ragnarok Online Kembali – Beta Tertutup Bermula 27 November Ini

Bagi anda yang pernah bermain Ragnarok Online 10 tahun lepas, mengembara di dunia Midgard dan bandar Prontera, kini dengan kerjasama antara Gravity dan Electronic Extreme, mereka bakal melancarkan kembali permainan Ragnarok Online ROExtreme bermula dengan beta tertutup pada 27 November ini. Manakala bagi beta terbuka, ia akan bermula pada 29 November ini.

Menurut pengarah urusan Electronic Extreme, Kamphee Piromward menyatakan bahawa mereka bakal menawarkan lagi banyak permainan pada masa akan datang di Malaysia menjelang 2017 ini dengan pelbagai permainan atas-talian bermula dengan Ragnarok Online.

Menurut beliau juga, permainan Ragnarok Online ROExtreme ini akan dilancarkan secara percuma dan permainan ini tidak akan mengandungi sebarang transaksi-mikro dimana setiap barangan dan kelengkapan permainan tersebut boleh didapati secara terus melalui bermain permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai beta terbuka, anda boleh melayari laman rasmi ROExtreme untuk informasi lanjut berkenaan permainan tersebut serta muat-turun klien permainan apabila beta tertutup bermula kelak pada 27 November.

Laman Rasmi : ROExtreme

Sohor Kini