Hari ini SEGA melancarkan permua (Permainan Mudah-Alih) Sonic Hedgehog 2 Classic secara percuma di iOS dan Android bersempena dengan SEGA Forever. Seperti permua percuma lain yang dilancarkan oleh SEGA, permua tersebut akan disertakan bersama pengiklanan terhad, sokongan alat kawalan Bluetooth, storan awanan dan papan markah. Anda juga boleh membuat pembayaran sebanyak RM7.90 untuk membuang segala pengiklanan didalam permainan tersebut.

Sonic The Hedgehog 2 Classic ini merupakan permainan pernambah-baikkan daripada versi Christian Whitehead dimana ia mempunyai sokongan skrin lebar, mod multi-pemain dan juga kawasan tambahan Palace Zone dan juga sokongan watak Knuckles tanpa sistem Lock-on.

Bagi anda yang berminat untuk memuat-turun permua tersebut, anda boleh muat-turun di laman App Store buat pengguna iPhone dan Google Play Store bagi pengguna Android di bawah.

Google Play Store : Sonic The Hedgehog 2 Classic

App Store : Sonic The Hedgehog 2 Classic

Sohor Kini