Skip to main content

Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Destiny 2, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan permainan tersebut bersama langganan Playstation Plus selama 12 bulan dengan hanya RM221.

Tawaran ini bermula hari ini sehingga 19 Disember ini sahaja. Setelah anda membuat pembayaran bagi permainan tersebut, Sony Interactive Entertainment akan menghantarkan emel kepada anda untuk anda tebuskan kod bagi langganan Playstation Plus selama 12 bulan tersebut.

Destiny 2 adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Ia dilancarkan 6 September lepas buat konsol Playstation 4 dan Xbox One. Pada 24 Oktober lepas, ia dilancarkan buat PC.

[info] Beli : Destiny 2 + 12 Bulan Playstation Plus [/info]

Leave a Reply