Skip to main content

Marvel dan FoxNext Games minggu ini mengumumkan permua (Permainan Mudah-Alih) MARVEL Strike Force buat iOS dan Android dimana ia bakal tiba 2018 ini.

MARVEL Strike Force merupakan permainan bertema RPG yang memfokuskan bentuk permainan secara mudah-alih. Pemain akan bermain bersama 5 ahli pasukan daripada adiwira-adiwira Marvel seperti Captain America, Spider-Man, Groot dan sebagainya untuk bertempur dengan Ultimus dan Kree.

Anda boleh membuat pra-pendaftaran sekarang untuk mendapatkan pelbagai barangan kelengkapan permainan termasuklah juga watak adiwira Daredevil.

[info] Pra-Daftar : MARVEL Strike Force [/info]

Leave a Reply