Skip to main content

Peminat siri anime Girls Und Panzer pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bermain permainan Girls und Panzer: Dream Tank Match dimana ia akan dilancarkan secara digital dan fizikal buat konsol Playstation 4 pada 27 Februari 2018 ini.

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal menyertakan penceritaan asal daripada siri anime Girls Und Panzer. Pemain juga berupaya untuk mengembara kawasan-kawasan lokasi berdasarkan daripada anime tersebut. Selain itu, fungsi untuk mengubah-suai kereta kebal juga disertakan dimana pemain boleh menukar warna atau decal buat kereta kebal tersebut. Terdapat juga mod multi-pemain sehingga 10 pemain serentak dimana pemain berpeluang untuk bertempur secara 5 lawan 5 secara berpasukan.

Bandai Namco juga mengumumkan bagi mereka yang membuat pembelian awal, Bandai Namco akan menyertakan kod muat-turun untuk pakaian seragam Oorai Girls’ Academy untuk kesemua watak komander sekolah permainan tersebut.

Girls und Panzer: Dream Tank Match akan dilancarkan 27 Februari 2018 secara esklusif di Playstation 4.

Leave a Reply