Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer “Be More Pirate” Buat Permainan Sea Of Thieves – Bakal Tiba Awal 2018
PC

Jom Tonton : Trailer “Be More Pirate” Buat Permainan Sea Of Thieves – Bakal Tiba Awal 2018

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran Xbox One X, Microsoft berkongsi trailer terbaru buat permainan Sea Of Thieves. Permainan tersebut bakal tiba secara esklusif di PC dan Xbox One pada awal 2018 ini.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun berlayar bersama kapal.

Sea Of Thieves bakal dilancarkan di PC dan Xbox One pada awal 2018 kelak.