Skip to main content

Permainan multi-pemain Marvel Heroes di PC dan juga versi konsolnya, Marvel Heroes Omega akan ditamatkan oleh Marvel selepas kerjasama antara pembangun permainan tersebut, Gazillion Entertainment ditamatkan bersama Marvel.

Menurut laporan Kotaku, pembangun permainan tersebut, Gazillion Entertainment tidak mengemaskini permainan tersebut dan berkongsi berkenaan pembangunannya untuk beberapa minggu. Permainan tersebut juga tidak menyertakan sebarang acara bersempena Thor Ragnarok dan juga Halloween, sekaligus membuat permainan tersebut tidak dikemaskini dengan kemaskini terbaru.

Namun begitu, Marvel dan Gazillion Entertainment tidak berkongsi berkenaan tarikh penamatan permainan tersebut. Ketika artikel ini ditulis, permainan ini masih lagi boleh dimuat-turun di Steam dan juga konsol secara percuma.

Marvel Heroes adalah permainan multi-pemain percuma yang mana ia memfokuskan watak-watak daripada adiwira Marvel. Pada Jun tahun ini, permainan tersebut dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One dengan nama Marvel Heroes Omega.

Leave a Reply