Skip to main content

Hari ini, Konami mengumumkan bahawa permainan Yu-Gi-Oh! Duel Links akan dilancarkan secara percuma di PC melalui Steam pada 17 November ini.

Yu-Gi-Oh! Duel Links adalah permainan kad yang berdasarkan anime Yu-Gi-Oh yang terkenal dengan pertempuran kad antara Yugi dan Kaiba. Permainan tersebut juga adalah berdasarkan permainan yang sama yang dilancarkan di peranti telefon pintar iOS dan Android pada awal tahun ini.

Konami juga mengumumkan bahawa bagi mereka yang bermain permainan tersebut di peranti telefon pintar, pemain berpeluang untuk menyambung segala kemajuan daripada telefon pintar ke versi PC secara berterusan. Ia juga menyokong crossplay dimana pemain di peranti telefon pintar berupaya untuk bertempur bersama pemain PC.

Sejak pelancaran permainan tersebut di iOS dan Android Januari lepas, permainan Yu-Gi-Oh! Duel Links telah dimuat-turun sebanyak 55 juta jumlah muat-turun dan merupakan salah satu permainan berpangkat tinggi di App Store dan Google Play Store.

[download] Steam : Yu-Gi-Oh! Duel Links [/download]

Leave a Reply