Informasi Permainan Video Terkini
Injustice 2 Kini Dilancarkan Di PC Melalui Steam
PC

Injustice 2 Kini Dilancarkan Di PC Melalui Steam

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Bagi mereka yang ingin bermain permainan perlawanan adiwira dari komik DC di PC, anda kini berpeluang untuk bermain permainan tersebut. Warner Bros. Interactive dan NetherRealms Studios hari ini melancarkan permainan perlawanan Injustice 2 bakal tiba di PC melalui Steam dan Windows Store pada hari ini.

Injustice 2 adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio dimana ia memfokuskan penceritaan adiwira daripada DC Entertainment. Permainan ini dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada Mei yang lepas.

Bagi anda berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh membelinya dengan harga Rm80 melalui Steam edisi biasa. Bagi edisi Ultimate pula, ia berharga RM130.

Steam : Injustice 2