Informasi Permainan Video Terkini
Super Mighty Power Man – Permainan Diinspirasi Daripada Megaman Kini Dilancarkan Di Kickstarter
PC

Super Mighty Power Man – Permainan Diinspirasi Daripada Megaman Kini Dilancarkan Di Kickstarter

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Box Hedge Games hari ini melancarkan secara rasmi di laman pengumpulan dana awam Kickstarter, permainan Super Mighty Power Man. Permainan tersebut diinspirasikan berdasar permainan Megaman dan ia memerlukan nilai wang sebanyak $58,362(~RM244,158) untuk dilancarkan di Nintendo Switch, 3DS dan PC pada November 2018. Menurut pembangun permainan tersebut, mereka bakal melancarkan permainan tersebut di Playstation 4 jika ia mencapai kumpulan dana sebanyak $105,000(~RM439,268).

Super Mighty Power Man adalah permainan aksi platformer yang menginang kembali nolstagia permainan era 80an dan 90an dimana ia memfokuskan permainan seakan yang dilancarkan di konsol NES tanpa sebarang adegan sinematik dan fokuskan dalam bentuk permainan yang berterusan.

Super Mighty Power Man diinspirasikan daripada permainan Megaman dan juga permainan lain seperti Castlevania, Contra, Super Mario Bros dan Shovel Knight. Pemain berupaya untuk menukar kepada 8 jenis kelengkapan yang berlainan dimana setiap kelengkapan mempunyai senjata dan bentuk permainan yang berbeza.

Jika anda berminat dengan permainan ini, anda boleh melayari laman rasmi dan memberi dana serendah $10(~RM45) untuk mendapatkan permainan tersebut secara digital apabila ia dilancarkan kelak. Terdapat juga beberapa bentuk peringkat dana yang anda boleh berikan untuk mendapat beberapa barangan khas permainan tersebut.

Kickstarter – Super Mighty Power Man