Informasi Permainan Video Terkini
The Exorcist: Legion VR – Permainan Realiti-Maya Seram Berdasarkan Filem The Exorcist
PC

The Exorcist: Legion VR – Permainan Realiti-Maya Seram Berdasarkan Filem The Exorcist

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Legion VR hari ini mengumumkan permainan realiti-maya berdasarkan filem The Exorcist. Permainan tersebut bakal memfokuskan permainan seram berdasarkan filem The Exorcist III. Ia bakal tiba di Oculus Rift dan HTC Vive pada 22 November ini. Legion VR juga mengumumkan versi Playstation VR bakal tiba pada masa akan datang.

Permainan ini bakal dilancarkan secara bentuk berepisod dimana episod pertama, First Rites akan tiba dahulu pada 22 November ini. Di dalam episod pertama permainan tersebut, pemain akan mengawal seorang detektif dan menyelesai misteri disebalik pembunuhan paderi.

The Exorcist : Legion VR akan mengandungi 5 episod yang berlainan setiap episod dimana pemain berpeluang untuk menikmati dunia permainan realiti-maya seram secara immersif. Permainan realiti-maya ini bakal tiba di PC pada 22 November dan Playstation VR pada masa akan datang. Bagi anda yang berminat dengan boleh melayari laman rasmi steam di bawah.

Steam : The Exorcist : Legion VR