Skip to main content

Bagi anda yang pernah bermain permainan simulasi Theme Hospital 20 tahun lalu di Playstation 1 ataupun PC, anda pasti akan berminat untuk bermain permainan yang diumumkan oleh OxyMoron Games iaitu Project Hospital dimana ia merupakan permainan simulasi yang memfokuskan pembangunan hospital seperti permainan Theme Hospital.

Dengan bentuk permainan yang hampir sama dengan pandangan atas bawah isometrik, Project Hospital akan membenarkan pemain untuk membangunkan hospital dari mula, menghasilkan jabatan-jabatan kesihatan, menjaga staf dan juga mendiagnosis pesakit.

Menurut pembangun permainan tersebut, mereka menyatakan permainan ini, pada masa yang sama ia akan memberi pembelajaran untuk pemain mengetahui berkenaan penyakit dan kecederaan yang nyata dan membelajari cara-cara untuk diagnos pesakit dan juga menyembuhnya.

Buat masa ini, OxyMoron Games tidak lagi berkongsi berkenaan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Namun ia dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2018 di PC melalui Steam.

Leave a Reply