Skip to main content

11 Bit Studios hari ini melancarkan DLC Pernambahan Penceritaan yang pertama buat permainan This War of Mine iaitu Father’s Promise. Ia merupakan DLC pernambahan yang pertama buat bentuk permainan This War of Mine Stories dimana ia memfokuskan penceritaan bagi permainan tersebut.

This War Of Mine merupakan permainan strategi survival yang dilancarkan di PC pada 2014 lepas, setelah 3 tahun pelancaran permainan tersebut, 11 Bit Studios akhirnya melancarkan DLC penceritaan yang pertama.

Father’s Promise merupakan DLC pernambahan pertama bagi siri This War Of Mine Stories yang mana pemain akan mengawal watak Adam, yang ingin melindung anak perempuan beliau daripada peperangan yang berlaku di kawasan bandar terbiar hasil peperangan.

Anda boleh mendapatkan permainan ini di Steam sempena pelancaran DLC tersebut dengan harga RM7.60 berbanding harga asalnya RM38. Manakala DLC tersebut berharga RM5.50. Anda juga boleh membeli pas musim DLC pernambahan dengan harga RM12.50 yang mana ia akan disertakan bersama Father’s Promise dan dua lagi DLC pernambahan This War of Mine Stories yang bakal tiba 2018 ini.

[info] Steam : This War Of Mine [/info]

Leave a Reply