Bagi anda yang berminat dengan permainan berbentuk Role-Playing dan aksi, kini anda boleh memuat-turun permainan Jotun: Valhalla Edition secara percuma melalui laman GOG. Permainan ini ditawarkan untuk pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Melalui Jotun, anda akan memainkan watak Thora, salah satu pendekar Viking yang telah mati, dan perlu membuktikan diri sebelum dapat memasuki Valhalla.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman GOG hari ini, dan menebus permainan ini secara percuma dan memainkannya pada komputer anda.

Muat-Turun Jotun : Valhalla Edition

Sohor Kini