Skip to main content

Dengan populariti filem Spider-Man dipawagam, pihak Insomniac Games tidak ketinggalan untuk berkongsi mengenai permainan adiwira berkenaan yang bakal hadir tahun hadapan. Bersempena dengan acara D23, mereka turut berkongsi lanjut mengenai kaedah permainan baru yang akan dibawakan olehnya.

Permainan baru ini mengambil latar masa selepas beberapa tahun Peter Parker menjadi Spider-Man, dan permainan dunia terbuka ini mengambil kira pelbagai objek persekitaran yang boleh dikawal, sekaligus menjadikan permainan ini lebih interaktif. Disamping itu, watak Spider-Man juga diberikan lebih penekanan, membolehkan pemain berinteraksi dan memainkan watak berkenaan seumpama dalam komik – seperti memberikan respon serta-merta untuk pelbagai kisah perjalanan dan aksi yang berlaku dalam permainan berkenaan.

Permainan aksi ini bakal hadir eksklusif untuk PlayStation 4 pada 2018 kelak.

Leave a Reply