Skip to main content

Bersempena dengan pelancaran mod multi-pemain Final Fantasy XV Comrades yang bakal tiba pada 15 November ini. Square-Enix hari ini berkongsi berkenaan proses penghasilan muzik terbaru khas buat permainan tersebut bertajuk “Choosing Hope” dimana ia disusun oleh Nobuo Uematsu dan dinyanyikan oleh Emiko Suzuki.

Muzik bertemakan gospel tersebut dihasilkan secara khas oleh Nobuo Uematsu dengan berdasarkan permainan tersebut dimana mod multi-pemain tersebut ditempatkan di jangka masa 10 tahun kehilangan Noctis berdasarkan penceritaan permainan Final Fantasy XV.

Nobuo Uematsu merupakan komposer terkenal yang sering menghasilkan muzik buat siri permainan Final Fantasy. Namun, muzik yang terdapat di Final Fantasy XV disusun oleh Yoko Shimomura. Tetapi sempena pelancaran Comrades tersebut, Square-Enix bekerjasama sekali lagi bersama Nobuo Uematsu untuk menghasilkan muzik khas buat permainan tersebut.

Mod multi-pemain Final Fantasy XV Comrades tersebut bakal disertakan bersama pas musim permainan Final Fantasy XV bagi pemain yang membelinya. Namun, ia juga boleh dibeli secara berasingan apabila ia dilancarkan pada 15 November kelak. Pemain juga perlu melanggani Playstation Plus dan Xbox Live Gold untuk mengakses mod permainan multi-pemain ini.

Leave a Reply