BlizzCon baru sahaja berlangsung minggu lepas dengan pelbagai pengumuman terbaru buat permainan Overwatch. Kini, bagi mereka yang masih belum memiliki permainan Overwatch, anda berpeluang untuk mencuba permainan tersebut secara percuma pada 18 hingga 20 November ini di PC, Playstation 4 dan juga Xbox One.

Sesi percubaan tersebut akan bermula 18 November pada jam 3 pagi(Waktu Malaysia) dan bagi pemain Playstation 4 dan Xbox One anda perlu mempunyai langganan Playstation Plus dan Xbox Live Gold untuk bermain. Manakala bagi pemain PC, anda hanyalah perlu mempunyai akaun Battle.net untuk memuat-turun permainan tersebut.

Untuk memuat-turun permainan tersebut, pada 18 November ini, anda hanyalah perlu ke PSN Store atau Xbox Store dan mencari permainan Overwatch dan anda boleh terus memuat-turun permainan tersebut. Bagi pemain PC, anda hanyalah perlu memuat-turun aplikasi Battle.net dan memuat-turun permainan Overwatch di menu utama aplikasi tersebut.

Blizzard juga menyatakan bagi mereka yang ingin membeli permainan tersebut selepas mencubanya, segala kemajuan yang anda dapat ketika sesi percubaan tersebut akan disambungkan setelah membeli permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan multi-pemain Overwatch yang dibangunkan oleh Blizzard bermula 18 November ini.

Sohor Kini