Informasi Permainan Video Terkini
Hori Bakal Melancarkan Alat Kawalam Fight Stick Bertemakan Permainan Dragonball FighterZ
PC

Hori Bakal Melancarkan Alat Kawalam Fight Stick Bertemakan Permainan Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Bersempena pelancaran permainan Dragonball FighterZ yang bakal tiba pada awal tahun depan, Hori kini mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan alat kawalan Fight Stick bertemakan permainan tersebut pada 1 Februari ini.

Melalui laman Amazon Jepun, alat kawalan tersebut akan berharga ¥20,498(~RM760) dan ia boleh digunakan di Playstation 4, Playstation 3 dan PC. Alat kawalan Fight Stick tersebut berdasarkan HORI Arcade pro Arcade Fight Stick yang dilancarkan sebelum ini oleh Hori dengan tema rekaan Goku. Ia juga mempunyai picu audio, pad sesentuh dan segala fungsi alat kawalan fight stick.

Buat masa ini, Hori masih belum mengumumkan pelancaran alat kawalan tersebut secara global, namun kami percaya ia bakal tiba di kebanyakkan pengedar rasmi Hori seperti Play-asia pada akan datang kelak.