Skip to main content

Sempena pelancaran permainan Star Wars Battlefront II pada 17 November ini, EA hari ini mengumumkan sebilangan kandungan permainan tersebut bakal tiba secara percuma di permainan-permainan lain keluaran mereka.

Antara kandungan yang diumumkan oleh EA adalah jersi khas pasukan Inferno dari permainan Star Wars Battlefront II untuk permainan FIFA 18. Untuk mendapat jersi tersebut, anda hanyalah perlu log masuk Fifa Ultimate Team pada 7 hingga 28 November dan anda akan menerima jersi tersebut secara percuma.

 

Selain permainan FIFA 18, permainan NHL 2018 dan NBA Live 2018 juga bakal mendapat jersi khas pasukan Inferno daripada permainan Star Wars Battlefront II.

Manakala bagi permainan Battlefield 1, EA bakal menyertakan bersama senjata serangan dekat iaitu Totokia War Club bersempena pelancarang permainan Star Wars Battlefront II. Anda akan mendapat senjata ini secara percuma apabila anda log masuk ke permainan Battlefield 1 bermula 8 November.

Star Wars Battlefront II adalah permainan penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh DICE dan dikeluarkan oleh EA. Ia merupakan kesinambungan bagi permainan Star Wars Battlefront yang dilancarkan 2015 lepas. Ia bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 17 November ini.

Leave a Reply