Ubisoft hari ini menawarkan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka, Watch Dogs secara percuma versi PC melalui Uplay. Bermula hari ini sehingga 13 November ini, anda boleh mendapatkan permainan tersebut secara percuma dengan mendaftar di laman Ubisoft, servis Uplay.
Tawaran ini hanyalah ditawarkan melalui versi PC sahaja. Watch Dogs adalah permainan dunia terbuka yang memfokuskan watak Aiden Pearce dimana beliau berupaya untuk menggodam seluruh bandar melalui telefon pintarnya untuk membalas dendam terhadap musuh yang membunuh ahli keluarganya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan dunia terbuka oleh Ubisoft yang dilancarkan 2014 lepas secara percuma dengan hanya mendaftar akaun Uplay dilaman sesawang dibawah.
[download] Muat-Turun : Watch Dogs [/download]