Informasi Permainan Video Terkini
Fon Kepala Dan Tetikus Bertemakan D.Va Dari Overwatch Oleh Razer Diumumkan
PC

Fon Kepala Dan Tetikus Bertemakan D.Va Dari Overwatch Oleh Razer Diumumkan

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Bersempena BlizzCon 2017 yang berlangsung hujung minggu lepas, Blizzard dan Razer mengumumkan kerjasama mereka untuk menghasilkan kelengkapan permainan video iaitu fon kepala, tetikus dan pad tetikus khas rekaan D.Va dari permainan Overwatch.

Rekaan fon kepala tersebut bakal mempunyai bentuk fon kepala D.Va seperti di dalam permainan Overwatch. Manakala bagi tetikus tersebut pula ia merupakan tetikus Abyssus yang dilancarkan sebelum ini oleh Razer rekaan khas D.Va. Manakala pad tetikus tersebut pula ia adalah produk Razer Goliathus yang dilancarkan sebelum ini

Razer masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran fon kepala tersebut. Namun kedua-dua tetikus dan pad tetikus tersebut sudah boleh dibeli dimana-mana pengedar rasmi Razer.

Kelengkapan Permainan Video : Razer D.Va