Skip to main content

Bersempena dengan cara BlizzCon 2017 yang berlangsung hujung minggu ini, Blizzard Entertainment mengumumkan watak terbaru buat permainan penemnbak pandang pertama multi-pemain yang terkenal Overwatch, iaitu Moira. Seorang watak berkelaskan Support.

Moira merupakan watak yang ke-26 yang boleh dimainkan oleh pemain di dalam permainan Overwatch tersebut. Moira merupakan watak berkelas sokongan (Support) dimana beliau berupaya untuk menyembah pasukan dan juga menyerang musuh. Beliau juga berupaya untuk membuat teleportasi untuk mengelak musuh dengan kemahiran yang disertakan bersama.

Disamping itu, Blizzard juga mengumumkan kawasan terbaru buat permainan tersebut iaitu Blizzard World, dimana ia merupakan hasil campuran kawasan daripada permainan-permainan Blizzard yang lain seperti Warcraft, Hearthstone, Starcraft dan sebagainya.

Tambahan juga, Blizzard juga mengumumkan sebilangan kostum-kostum terbaru buat watak-watak didalam permainan Overwatch seperti kostum Nova dari siri permainan Star Craft Ghost buat watak Blackwidow dan juga kostum-kostum dari siri animasi pendek Overwatch sebelum ini bakal tiba bersama dengan kemaskini terbaru permainan tersebut.

Buat masa sekarang, Blizzard masih lagi belum berkongsi berkenaan tarikh pelancaran bagi watak dan kawasan terbaru tersebut, namun kami percaya ia bakal tiba di PC dahulu di Overwatch PTR seperti mana yang diperlakukan oleh Blizzard sebelum ini.

Leave a Reply