Hari ini, pembangun permainan indie Young Horses Games mengumumkan bahawa permainan Octodad: Dadliest Catch bakal tiba di Nintendo Switch pada 9 November ini.
Octodad: Dadliest Catch arrives Nov. 9th on Nintendo Switch! RT+Follow for a chance to win a FREE #SNESClassic bundle! Ends 10AM EDT 11/9/17 pic.twitter.com/A4OZplSvz8
— Bugsnax (Young Horses) (@YoungHorses) November 2, 2017
Permainan Octodad: Dadliest Catch asalnya dilancarkan di PC pada 2014 yang lepas, ia merupakan permainan pengembaraan dimana pemain akan mengawal sebagai seorang ayah sotong dan melakukan pelbagai kerja rumah. Menariknya permainan ini mempunyai cara kawalan yang sangat unik sekaligus menjadikannya lebih mencabaran kepada pemain.
Bagi anda yang berminat, dengan permainan ini, anda boleh dapatkannya di Nintendo Switch bermula 9 November ini.