Hari ini, Team Ninja bersama Koie Tecmo mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Nioh Complete Edition yang bakal tiba di PC pada 7 November ini bersama barangan khas bagi pemain di Steam.

Nioh, salah satu permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan era samurai dan yokai. Ia dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 pada awal tahun ini, kini permainan tersebut bakal tiba di PC melalui Steam dengan segala pernambahan yang disertakan bersama ketika di Playstation 4.

Bagi pemain yang membeli permainan tersebut di Steam, Team Ninja juga bakal menyertakan bersama topeng khas Dharmachakra Kabuto iaitu topeng khas dengan rekaan seperti injap seperti logo Valve. Team Ninja juga berkongsi berkenaan keperluan spesifikasi bagi permainan tersebut.

Spesifikasi Nioh Complete Edition
Pemproses Paling MinimumIntel® Core™ i5 3550 or over
AMD FX-8320 3.5 GHz
Pemproses DisarankanIntel® Core™ i7 4770K or over
AMD Ryzen 5 1500X 4.0 GHz
Kad Grafik Paling MinimumNVIDIA® GeForce® GTX 780 VRAM 3GB or over
AMD Radeon™ R9 280 VRAM 3GB or over
Kad Grafik DisarankanNVIDIA® GeForce® GTX 1060 VRAM 6GB
AMD Radeon™ R9 380X VRAM 4GB or over
RAM Paling Minimum6 GB
RAM Disarankan8 GB
Ruang Pemasangan80 GB
Sistem OperasiWindows 7 SP1 64-bit, Windows 8.1 64-bit, Windows 10 64-bit
[info] Steam : Nioh Complete Edition [/info]

Leave a Reply