Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation 4 HITS Bakal Tiba 15 November Ini – Serta 3 Permainan Oleh SIE

Berkas Playstation 4 HITS Bakal Tiba 15 November Ini – Serta 3 Permainan Oleh SIE

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih belum mempunyai Playstation 4 dan bercadang untuk membelinya, Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan berkas Playstation 4 HITS bakal tiba di Malaysia pada 15 November ini dengan harga RM1349.

 

Playstation 4 yang disertakan adalah Playstation 4 Slim berwarna hitam berstoran 500GB. Berkas tersebut juga akan menyertakan 3 permainan yang dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment iaitu Horizon Zero Dawn dan Uncharted 4: A Thief’s End di dalam bentuk cakera fizikal. Manakala permainan God Of War III Remastered di dalam bentuk digital.

Sony juga akan menyertakan bersama langganan Playstation Plus selama 3 bulan dimana pemain akan memperoleh segala servis Playstation Plus yang disediakan di Playstation Network seperti permainan percuma bulanan dan kemampuan untuk bermain permainan secara atas-talian.

Bagi anda yang berminat dengan berkas ini anda boleh dapatkannya di mana-mana pengedar rasmi Playstation.