Skip to main content

Xbox One X adalah konsol terbaru oleh Microsoft di dalam keluarga Xbox One. Ia diumumkan ketika E3 Jun lepas dengan memfokuskan permainan di dalam bentuk 4k. Namun begitu, menurut Kevin Gammill dari Microsoft, Xbox One X juga menyokong skrin resolui 1440p (2560 x 1440).

Tidak seperti Playstation 4 Pro, yang hanya memberi pengguna pilihan antara resolusi 4k dan 1080p, Xbox One X membenarkan pengguna untuk menggunakan konsol tersebut bersama skrin yang beresolusi 1440p. Ini juga memberi peluang kepada pengguna untuk menggunakan kuasa Xbox One X tanpa mengeluarkan wang untuk membeli skrin 4k dan menikmati permainan dalam bentuk resolusi 1440p.

Ini merupakan satu pilihan yang sangat bijak oleh Microsoft kerana ia memberi peluang bagi pengguna yang menggunakan skrin paparan yang beresolusi 1440p untuk menikmati permainan tersebut secara asli tanpa perlu menaik-taraf resolusi dari 1080p jika mereka menggunakan skrin 1440p.

 

Xbox One X akan tiba pada 7 November ini dengan tanda harga $499 (RM2129). 

Leave a Reply