Bandai Namco hari ini telah melancarkan trailer terbaru buat permainan Dragonball FighterZ. Trailer tersebut memfokuskan watak Android 21 yang merupakan watak utama di dalam penceritaan permainan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=SAjZBKwA60w
Disamping itu, Bandai Namco juga berkongsi video trailer bentuk permainan buat watak Ginyu, iaitu Kapten bagi orang suruhan Frieza ketika penceritaan DragonballZ di arka Namek. Ginyu bakal tiba bersama keseluruhan Ginyu Force iaitu Jeice, Burter, Recoome dan Guldo.
Dragonball FighterZ akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari ini. Anda sudah boleh membuat pra-tempahan bagi permainan ini di mana-mana pengadar rasmi permainan ini di Malaysia.