Anda kini boleh dapatkan permainan Tearaway Unfolded untuk konsol Playstation 4 pada harga serendah RM43.2o. Kebiasaannya, permainan ini ditawarkan pada harga mencapai RM108 untuk versi digital. Jika anda melanggani Playstation Plus, anda boleh membeli permainan tersebut dengan harga RM32.40 sahaja.
Tambahan juga, Sony juga menyertakan bersama promosi bagi koleksi muzik latar permainan Tearaway Unfolded dengan harga hanya RM17.20 daripada harga asalnya RM43. Bagi pelanggan Playstation Plus, koleksi muzik latar tersebut akan berharga RM12.90.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Tearaway Unfolded bersama koleksi muzik latar permainan tersebut dengan harga yang murah bermula hari ini sehingga 30 November ini.
[info] Promosi Bulanan PSN : Tearaway Unfolded [/info]