Promosi diskaun berganda kini kembali di PSN Store dengan dua bahagian dimana bahagian pertama akan bermula hari ini sehingga 5 November ini dan bahagian kedua bakal bermula 6 hingga 11 November ini. Setiap bahagian akan mengandungi promosi permainan yang berlainan.

Terdapat pelbagai promosi permainan sehingga 40% diskaun. Bagi pelanggan Playstation Plus pula, anda akan mendapat diskaun dua kali ganda sehingga 80% diskaun. Antara permainan yang ditawarkan adalah:
- Assassin’s Creed Ezio Collection
RM149RM89.40 - Crash Bandicoot N.Sane Trilogy
RM150RM127.50 - Grand Theft Auto V
RM199RM149.25 - Far Cry Primal
RM149RM89.40 - Bioshock The Collection
RM241RM180.75
Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan dengan harga promosi oleh Sony di PSN Store. Anda boleh melayari PSN Store dibawah untuk mengetahui kesemua permainan yang ditawarkan. Tambahan pula, pada 6 hingga 11 November, bahagian dua untuk promosi tersebut akan ditawarkan dengan senarai permainan yang berbeza.
[info] PSN Store : Promosi Double Discount [/info]


