Ketika sidang media Playstation Paris Games Week 2017 yang berlangsung minggu ini, PixelOpus, pembangun permainan Entwined mengumumkan permainan terbaru oleh mereka iaitu Concrete Genie. Permainan tersebut akan tiba secara khas di Playstation 4.

Concrete Genie adalah permainan yang memfokuskan watak Ash, yang sering dibuli dan untuk melarikan diri masalahnya tersebut, beliau menghasilkan sebuah lukisan pelbagai makhluk di bangunan-bangunan kawasan perkampungannya di Denska. Menariknya, lukisan beliau dihidupkan dengan pelbagai makhluk-makhluk fantasi yang bakal menemani beliau ketika pengembaraan beliau.

Menurut pembangun permainan tersebut, permainan ini bakal menyokong sistem pergerakkan yang terdapat di dalam alat kawalan Dualshock 4 dan pemain berpeluang untuk menghasilkan pelbagai hasil karya seni yang menarik dengan menggunakan berus ajaib di dalam permainan Concrete Genie tersebut.

Buat masa ini, permainan ini masih belum lagi mendapat sebarang kepastian berkenaan tarikh pelancarannya, namun PixelOpus menyatakan bahawa ia bakal tiba menjelang 2018 ini.

Sohor Kini