Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Spider-Man Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada Tahun 2018 – Menyertakan Watak Miles Morales

Marvel Spider-Man Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada Tahun 2018 – Menyertakan Watak Miles Morales

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Asalnya permainan Spider-Man diacahkan ketika E3 2016 yang lepas dan ia dinantikan oleh ramai peminat dengan pelbagai ramalan berkenaan watak-watak yang bakal tiba di permainan tersebut. Kini, pada Paris Games Week 2017 yang berlangsung minggu ini, Sony Interactive Entertainment bersama Imsoniac Games akhirnya berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut.

Trailer tersebut memaparkan watak Miles Morales bersama Peter Parker sekaligus ia memberi kepastian watak Miles Morales bakal tiba di permainan tersebut. Bagi peminat komik Marvel Spider-Man mengetahui watak Miles sebagai salah seorang watak yang memegang nama adiwiri Spider-man. Trailer tersebut juga memaparkan bentuk penceritaan yang memfokuskan watak-watak jahat yang bakal tiba di permainan tersebut seperti Mr. Negative, Kingpin dan Shocker.

Permainan Marvel Spider-Man akan dilancarkan pada 2018 kelak secara esklusif di Playstation 4.