Bagi anda yang sering bermain permainan atas-talian Ragnarok Online 10 tahun lepas mahupun sekarang, kini pengeluar Electronics Extreme bakal melancarkan semula pelayan rasmi permainan Ragnarok Online di Malaysia dan Singapura.
Menurut di laman rasmi ROEXTREME, Electronics Extreme merupakan pengeluaran dan pembangun permainan yang bertempatkan di Thailand. Mereka menyatakan bahawa mereka mendapat sokongan daripada Gravity Co. Ltd, iaitu pembangun asal permainan Ragnarok Online untuk melancarkan pelayan rasmi di Malaysia dan Singapura.
Buat masa sekarang, Electronics Extreme masih belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi pelayan rasmi permainan Ragnarok Online. Seperti biasa, kami akan mengumumkannya setelah mereka mengemaskini informasi lanjut kelak.